Jun 7, 2015

MOVIE REVIEW: INSIDIOUS CHAPTER 3 (2015)

Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Salam seme

Tengok movie lagi... bulan June ni banyak movie best best yang keluar ditayangkan...ok ok in movie kedua Budak KacaMata gi tonton setakat hari ini untuk bulan June ni...

Anda Peminat Kisah Seram,,, Horror... INSIDIOUS CHAPTER 3 ini pastinya pilihan anda...sesiapa yang dah pernah tengok Insidious Chapter 1 and 2 ..lagi lah mesti kompen nak gi tengok yang Chapter 3 punya...




Sedikit Sinopsis pasal movie nie.... 


Sebelum ada hantu menghantui keluarga Lambert..ehhh tak besh r gune hantu..gune entitilah...ok taip semula ayat tadi....fuhhhh Sebelum ada entiti mengentiti keluarga Lambert, ada seorang remaja perempuan yang bernama Quinn Brenner (Stefanie Scott) telah melalui masalah yang sama. 

Dia, adik dan ayahnya (Dermot Mulroney) semua hidup bersama-sama dalam sebuah pangsapuri kecil dan sempit yang telah kematian ibunya. Quinn terlalu merindukan ibunya sehingga dia cuba untuk menghubungi ibunya yang telah mati dengan pergi berjumpa psikik, Elise (Lin Shaye), yang mempunyai kebolehan berhubung dengan entiti tapi dia telah berhenti buat pekerjaan tersebut selepas kehilangan suaminya sendiri. 




Nak kene lalu ke Lorong Haji Taib ni...skewwry !!!
Walau bagaimanapun, Selepas Quinn diserang oleh entiti jahat dia membuat keputusan untuk membantu Quinn. Elise mendapati ada entiti yang sangat kuat yang ingin memiliki diri Quinn sebagai kepunyaannya...So jeng jeng jeng kalau nak tahu apa yang terjadi selepas tu kenelah tonton Movie INSIDIOUS CHAPTER 3 ni... membaca dengan menonton tak sama fewfeling dia tuh... >_<...






Jangan tengok bawah katil...tidakkkkk!!!

Apa kebendanya tu..orang minyak ke..???

Kesimpulan bagi BKM, movie kali ini tidaklah seberapa menakutkan berbanding yang sebelum ini walaubagaimanapun elemen terkejut mengejut still lagi ada. Keseluruhan rating movie dari BKM....Movie ini dapat 3 1/2 bintang dari 5....

Gulp...!!   3 setengah bintang / 5

(sumber gambar: Pakcik Google)


No comments: