Jun 27, 2015

PERNIAGAAN INTERNET.. TAHUKAH ANDA?

Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Salam seme

Meh nak kongsi skit satu information yang Budak Kaca Mata baru dapat baru baru ni... Last month company tempat BKM kerja hantar BKM pergi mendengar taklimat bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (agensi di bawah KPDNKK) berkaitan Pematuhan Akta Syarikat 1965.


Salah satu maklumat yang BKM dapat adalah berkaitan Perniagaan Internet...

Tahukah Anda?




  • Mana-mana perniagaan yang dijalankan melalui internet hendaklah didaftarkan dengan SSM.
  • Perniagaan Internet merangkumi semua urusan perniagaan atau jualan yang dilakukan menggunakan internet sebagai perantaraan di antara penjual dan pembeli 
Harian Metro 22 Mei 2014


Tahukah Anda?  


Dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, kegagalan mendaftarkan perniagaan boleh mengakibatkan seseorang individu didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya.


Sesuatu perniagaan yang tidak berdaftar tidak akan dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan kerana perjalanan perniagaan itu adalah tidak sah disisi undang-undang.


Kelebihan mendaftarkan perniagaan internet:

  • Meningkatkan keyakinan pengguna untuk berurusan.
  • Memudahkan pengguna membuat verifikasi status perniagaan
  • Memudahkan penyaluran bantuan oleh kerajaan berkaitan dengan pembangunan sesebuah perniagaan
  • Mempunyai identiti di peringkat global, sesuai dengan prospek pemasaran yang luas melalui internet



Bagaimana cara mendaftarkan perniagaan internet????

Pendaftaran boleh dibuat di mana mana kaunter SSM atau melalui perkhidmatan e-Lodgement tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

Keadah pendaftaran perniagaan internet adalah sama seperti mendaftar perniagaan biasa yang tidak menggunakan perantaraan internet.

Nak tahu lebih lanjut & panduan pendaftaran perniagaan boleh 

klik sini


atau sini





BKM nak beri beberapa tips membeli secara online:
  •  "Cash on Delivery" (COD) adalah digalakkan selain daripada pos. Sekiranya lokasi penjual dan pembeli adalah berdekatan dan penjual tidak mahu COD, ini adalah meragukan!
  • Semak di semua platform internet mengenai si penjual seperti Google, forum, blog, facebook group dan sebagainya. Penjual pasti akan meninggalkan "good review" sekiranya bagus dan sebaliknya.
  • Pastikan nama pemilik no. akaun yang diberikan penjual sama dengan nama penjual atau nama perniagaan/syarikat beliau. Jika si penjual memberikan no. akaun milik orang lain untuk pemindahan duit, ini meragukan!
  • Pastikan anda mempunyai maklumat lengkap mengenai si penjual. Simpan semua bukti pembayaran, resit dan sebagainya. Jika boleh, segala urusan dengan penjual dilakukan menggunakan email kerana sekiranya berlaku pertikaian, email2 tersebut boleh digunakan di Tribunal Tuntutan Pengguna. SMS, Whatsapp dan sebagainya tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti.
  • Penjual harus pastikan bayaran telah diterima dari pembeli sebelum pos barang jualan kerana pembeli juga ada yang tidak jujur!


untuk maklumat lanjut korang boleh lah layari laman web ssm atau email diorang untuk pelbagai enquiry yang korang nak tahu


email: enquiry@ssm.com.my


harap info ini dapat membantu anda semua


- bye -


BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH

No comments: