Jul 9, 2015

RAMADAN BUFFET 2015 MAJESTIC HOTEL KUALA LUMPUR



Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Salam seme


Masih belum terlambat kan nak ucapkan Selamat Berpuasa... 
Untuk Ramadan kali ini, Budak Kaca Mata jarang iftar diluar... selalunya beli lauk je kat opis pastu masak nasi kt umah jer... so nak dijadikan citer..walaupun dah lama (2 minggu yang lepas) tapi nak citer jugak...kiranya ala ala throwback lah ni panda 16 BKM berpeluang untuk berbuka puasa di salah sebuah hotel yang terkemuka di Kuala Lumpur ni.....
taraaaaa..... ni lah Majestic Hotel Kuala Lumpur

The Majestic Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel 5 bintang yang mewah yang menampilkan dekorasi moden bergaya kolonial dan sentuhan klasik. Tengok sahaja design binaan hotel ini dan diorang punya pengawal... Lengkap berbaju British Colonial Uniform lengkap dengan sarung kaki panjang dan pith headgear / pith helmet (topi yang orang British pakai tu..kalau tak tahu boleh refer gambar kat bawah nanti).




 Masa BKM masuk je ke dalam bangunan terus rasa kagum. (dah rasa cam rusa masuk kampung plak)... BKM bernasib baik sebab my Very Important Person (@VIP) yang bawa BKM datang sini... kalau sendiri saja saja nak pergi tidak lah....

meh banje satu gambo sendiri >_<  ...nie kat lobby Majestic Hotel

di depan Retoran Contango Hotel Majestic
yes yes yes im here yippie 

Sementara menunggu waktu berbuka.... kitorang gi round round tengok makanan...survey jap.....jadi kagum sebab makanan die byk giler...rasa nak pitam tengok makanan...pusing banyak tempat plak tuh.. luas dan besar... hohoho panda 13

Kami telah disambut oleh Chef Shark dan die telah memperkenalkan setiap jenis makanan dan masakan kepada Miss Farah (siapa Miss Farah??? dialah bos kepada my Very Important Person (@VIP)  dan kami..

Seyes..memang ramai orang...walaupun ni buffet Ramadan tapi BKM tengok banyak gak bangsa lain..

woooooowwwwwww pelbagai jenis masakan kuar air liuq cekkk... Mee rebus, ayam grill, satay pon ada

Acar, ikan masin, telur masin, kerabu and ulam-ulaman kampung... makan jepun po ada.. sushi, dimsum



 Kambing panggang, Satay Kampung, seafood, steamboat, nasi beriani, sos pudina, ikan pari..siap ada pizza lagi..sebenar yer banyak lagi makanan tapi sebab dah excited sangat makan lupe nak snap lagi hahahah 



haaaa yang ni time dessert....memang ditunggu tunggu

pelbagai jenis kek kek, agar agar, tradisional kuih muih, haaa ais krim po ada...yang penting ada perisa cempedak hihihihi .. selain tu Terdapat juga stesen goreng dengan goreng pisang dan kegemaran BKM.. cempedak yummmyyy


hahahaah unik tak rupe kek tuh....dont judge a book by its cover...rupe die gitu tapi rasa die ada uhmmm sedapppp


haaaa ni saje mengedik...yang ni po sedap..crispy and dalam tu ada caramel ni po sedap..semua sedap lah

kalau tengok gaya gini mahu naik 5 kg mendadak ni panda 22



sesi korek hidung untuk batalkan pose hahahahah (xsenonoh betoi) panda 29



haaaa yang pakai shawl grey tuh lah yang sponsor kitorang semua.... tengkieu Miss Farah... panda 56




 kalau korang nak tahu maklumat lanjut berkaitan Buffet Ramadan / Buffet Lunch / Buffet Dinner untuk Majestic Hotel Kuala Lumpur ni korang boleh refer bawah ni



Lokasi: The Majestic Hotel Kuala Lumpur, 5 Jalan Sultan Hishamuddin, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel (untuk tempahan dan pertanyaan): 03-2785 8000

Laman web: 




 - bye -


BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH

 panda 63




















No comments: