Aug 23, 2015

AL-FATIHAH - LUH MAHFUZ


Bismillahirrahmanirrahim.


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Salam seme


Perkhabaran semalam memang memberi satu tamparan hebat buat Budak KacaMata... ini membuatkan BKM berfikir yang selama ini tak pernah BKM fikirkan... BKM mendapat khabar berita Sahabat sekerja satu jabatan dengan BKM telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya bersama ayah dan adik beliau (berita)...beliau masih muda lagi... Berita itu membuat BKM berfikir yang Jodoh Pertemuan Ajal Maut semuanya ditangan Tuhan dan telah ditentukan sejal azali lagi... Ajal Maut tidak mengira usia muda atau tua... semuanya telah ditetapkan di Luh Mahfuz bahawa masing-masing sudah punya tarikh mati sendiri. Cuma kita je tak tau. Itu semua rahsia Allah SWT. Semoga BKM, kawan kawan semua dan semua orang yang tersayang masih mempunyai peluang untuk memohon ampun dan taubat... sapai sekarang hati BKM masih berdebar debar dan terpinga pinga.



DIA berhak menjemput sesiapa sahaja yang DIA mahu kerana apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari DIA. Sebenarnya, tiada apapun mutlak milik kita sebab semua yang ada pada diri kita, adalah kepunyaan DIA dan kita hanyalah peminjam pada DIA.


Dari Allah kita Datang Dari Allah jugalah kite kembali ... panda 44Salam Takziah buat keluarga arwahyaharmah Salwati Khamdani ... Semoga tabah dengan ujianNya ... Semoga arwahyaharmah ditempatkan dalam golongan insan2 beriman ..Sahabat sekerja telah kembali kerahmatullah petang semalam... Ajal Maut semua ketentuanNya ... Semua hambaNya akan merasai ...

Disini Budak KacaMata mohon kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwahyaharmah


Firman Allah SWT dalam Hadith Qudsi :
Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan.” (HR. Tirmidzi dan di Hasankan oleh beliau).


Semoga dosa dosa kita semua diampunkan oleh Yang Maha Esa.. Aminnnnn



  - bye -


BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH

panda 21

No comments: