Aug 4, 2015

APLIKASI PENGURUSAN KEWANGAN TERBAIK - TOUCHSTYLE JOM MUAT TURUN

Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Salam seme

Kali ini Budak KacaMata nak kongsi satu app yang sangat mudah dan berguna kepada kehidupan seharian kita dalam menguruskan kewangan... ianya mudah dan yang paling penting ianya PERCUMA
+
+
TouchStyle
+
+

Bank Rakyat yang popular dengan tagline Bank Pilihan Anda, merupakan sebuah bank yang melaksanakan pengurusan dan produk kewangan syariah telah pun melancarkan aplikasi ‘TouchStyle’ secara rasmi untuk pengguna Android dan juga iPhone

sila tengok bawah..ginilah rupa TouchStyle tuh...

TouchStyle merupakan aplikasi pengurusan kewangan yang sistematik

Aplikasi pintar ini merupakan inisiatif terbaru Bank Rakyat untuk memudahkan dan mendidik pengguna mengenai cara pengurusan kewangan secara sistematik dan membantu pengguna dalam memantau serta mengawal perbelanjaan mereka sekaligus membantu kewangan mereka disamping mendapat informasi maklumat terkini berkaitan promosi, produk dan perkhidmatan Bank Rakyat dengan hanya klik aplikasi TouchStyle... Bagi BKM ini memudahkan kerana tidak perlu lagi membuang masa untuk beratur panjang di bank semata mata untuk mengetahui apa yang terkini di Bank Pilihan Anda ini.
Pengguna aplikasi ini boleh memasukkan pendapatan bulanan mereka, dan berapa banyakkah mereka ingin berjimat dan menyimpan pada penghujung bulan. Seterusnya, pengguna turut boleh memasukkan beberapa perbelanjaan bulanan, seperti bayaran bil ultiliti, sewa rumah, pinjaman kenderaan dan sebagainya. Aplikasi ‘TouchStyle’ ini memperlihatkan perbelanjaan seharian dan mengira secara automatik berapakah nilai maksimum yang boleh dibelanjakan setiap hari untuk mencapai sasaran simpanan yang dikehendaki.

‘TouchStyle’ merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan prinsip syariah. Ia boleh dimuat-turun secara percuma bukan sahaja kepada pelanggan Bank Rakyat tetapi juga tidak terhad dan terbuka kepada kesemua pengguna yang memiliki telefon pintar atau tablet.

 Jom download ‘TouchStyle’!


‘TouchStyle’ merupakan aplikasi berdasar prinsip syariah


 
 
 
 























 










Pengguna sistem operasi Android boleh memuat turun aplikasi ini dari ‘Play Store’, manakala ‘App Store’ untuk sistem operasi iOS.

  - bye -


BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH


panda 63

No comments: