Aug 16, 2015

MOVIE REVIEW: THE MAN FROM U.N.C.L.E.

Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Salam seme

Budak KacaMata nak buat satu lagi movie review yang baru jer gi tengok tengahari tadi...mula mula cadang nak tengok movie Pixel tapi tukar plan.... 

Sesiapa yang minat dengan filem yang bergenre Aksi pastu ada Adventure sikit sikit dan ada Lawak ...pastu korang jugak minat dengan jenis filem yang ala ala James Bond, Kingsman atau Sherlock Homes citer version perisikan..... HAAAA  panda 69ini lah filem yang sesuai di tonton oleh korang untuk hari hujung minggu dan hilangkan stress ...


sebab sebab utama BKM terpaksa mengenepikan filem Pixel dan terus memilih filem The Man From U.N.C.L.E. adalah disebabkan faktor faktor berikut :-



panda 61

Haaa apa korang tak kenal dia ni siapa.. dia ni yang berlakon Man of Steel tuh lah... yang jadi Clark Kent @ Superman tu... meh klik kat nama dia.. kalau nak tahu lebih lanjut pasal dia ni...

Okey kembali kepada sinopsis filem ini

Filem ini, berdasarkan siri televisyen 1964 dengan nama yang sama, filem ini menggunakan konsep atau tema di tengah-tengah tempoh 1960-an awal Perang Dingin. Dua U.N.C.L.E. ejen, Napoleon Solo (Henry Cavill ) dan Illya Kuryakin (Armie Hammer) lain negara tetapi terpaksa bekerjasama untuk menyelesaikan misi untuk menghentikan sebuah organisasi jenayah antarabangsa yang misteri. Diorang hanya ada satu petunjuk sahaja iaitu anak kepada seorang ahli sains Jerman yang telah hilang, dia merupakan kunci untuk menyusup ke dalam organisasi jenayah tersebut. Mereka mesti berlumba dengan masa untuk mencari dia dan mencegah bom uranium daripada meletup di seluruh dunia.


Pendapat BKM 

Filem ini adalah sangat menyeronokkan di setiap peringkat perceritaan tetapi ia mungkin agak terlalu pelik untuk lulus sebagai filem aksi hahahaha... Namun ia adalah sebuah filem yang korang tidak akan bosan atau letih.



Henry Cavill adalah secara jujurnya tidak sangka boleh menjadikan watak dalam filem ini jadi lebih menarik dan lucu dalam peranannya sebagai Napoleon Solo, bagi BKM satu perubahan yang sangat 'fresh' dari peranan dia dalam filem filem yang lain sebelum ini...Cavill selalu memainkan watak yang serius tapi kali ini watak die lebih santai, menyenangkan dan menyeronokan hihihi (puji habis habisan).

Armie Hammer juga melakukan kerja yang baik dalam bermainkan watak sebagai seorang lelaki yang lurus serta tidak pandai menahan perasaan sabar dia ketika peranan  Cavill membuat lawak keatas dia, dan ia adalah lucu untuk melihat kedua-dua mereka cuba untuk menyakitkan hati antara satu sama lain.

Secara keseluruhan, filem ini kekal dengan genre perisikan dan pastinya tidak mengecewakan peminat peminat filem perisikan aksi komedi...

BKM juga dapat tahu sebenarnya watak Napoleon Solo pada asalnya diberikan kepada Tom Cruise, tetapi disebabkan filem MI5 dia terpaksa menolok huishhh nasib baik dia tolak..barulah semangat sikit biler Henry Cavill yang jadi watak Solo tuh.. hihihiih panda 35

wish the next bond is Henry Cavill hahahaha


The Man from U.N.C.L.E. - Comic-Con Trailer [HD]


Kesimpulannya filem ni memang best + awesome

So Apa lagi Jom Kite Terjah Ke Panggung untuk Tengok Movie ni

kat Malaysia filem ini ditayangkan start pada 13 August 2015

Budak Kaca Mata sudah... korang biler lagi....panda 40



.. Huuuuishhh ...


Keseluruhan Rating filem BKM rasa dari 5 bintang BKM bagi Rating 4.5 bintang... weeeeee
4.5 star/ 5 star


  - bye -


BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH


panda 63





No comments: