Bismillahirrahmanirrahim.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Salam seme
Perkongsian Pengalaman Kembara Syria oleh Heliza Helmi
Tempat kerja Budak KacaMata setiap hari jumaat memang selalu buat Kuliah Muslimah bagi pekerja wanita sementara pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat. BKM rasa sangat bersyukur ditempatkan di syarikat ini yang sangat mementingkan perkongsian ilmu ilmu ukhrawi. Dikesempatan ini BKM ingin berkongsi pengalaman pada jumaat lepas.
BKM rasa cukup bertuah berpeluang berjumpa dengan seorang Wanita yang cukup bersemangat waja bermata hitam bulat comel persis si kucing comel huhuhu siapa lagi tentulah Heliza Helmi.
Apa yang BKM perasan, cara dia berkomunikasi dulu dan sekarang sangat berbeza.. dulu BKM pernah tengok dia bercakap time tu zaman Akademi Fantasiaaaaa (tone lagu)... terasa macam kebudak budakan sangat masa tu tapi sekarang dia sudah jauh lebih matang.
Cara dia berkomunikasi dengan tetamu yang hadir dan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya adalah merupakan pengalaman hidupnya. Bukan sekadar cakap kosong sahaja... Satu perubahan yang menakjubkan... yang BKM rasa berpunca dari GAZA, SYRIA dan PALESTIN
Heliza tertido plak |
Dia berkongsikan sebuah kisah yang menyayat hati mengenai mengenai pelarian Syria yang membuatkan tetamu mengalirkan air mata .. termasuk berjaya membuatkan hati kecik BKM terasa bersemangat untuk turut ‘berjuang‘ dengannya untuk membantu Gaza Syria dan Palestin walaupun pertolongan itu hanya sebesar zarah.
Ternyata perlantikannya sebagai Duta Aman Palestin amat tepat sekali...Dia memang layak untuk memegang jawatan itu...
Tahniah buat Heliza Helmi dan teruskan perjuangan
Heliza Helmi juga mempunyai beberapa buat buku yang ditulis sendiri dan yang paling terbaru sebuah Buku yang bertajuk Diari Seorang
Mujahidah | Kembara Syria. yang ditulis bersama Roziyah
Mahamad.
Sebelum balik, dia sempat menyanyi lagu berjudul La Tahzan... sedih dan sayu mendengarnya..apatah lagi kalau melihat video lagu La Tahzan itu sendiri....
Kesimpulannya, BKM kagum dengan semangat yang ada dalam diri dia dan dia seorang yang sangat tidak sombong dan sempoi orang nya... celoteh dia membuatkan kami yang mendengar pengalaman dia bergelak ketawa dan ada masa berselang seli dengan kisah sedih tertusuk rasa pedih bila dia menceritakan kisah hidup masyarakat di sana...
seorang yang ceria |
Jika anda sudi untuk membantu..bolehlah
Salurkan bantuan anda ke
www.amanpalestin.net
www.amanpalestin.net
#bantuGaza
6 comments:
Moga istiqhomah dalam amal kebaikkan..amin..
seriusnya heliza. tapi maintain comel. :)nia
cutenya heliza..
suka tengok muka heliza
JEMPUT BACA RUTIN HARIAN
:)
Heliza memang cute n kecik molek jer org yer...tapi semangat die tinggi...suka tengok cara die
Post a Comment