Sep 18, 2015

ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015 : MEDAL FINISHER PERTAMA BKM (PROS & CONS)


Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Salam seme
YEAHHHH...Minggu lepas buat julung kalinya, Budak KacaMata join marathon..
panda 36


Teruja sungguh diri ini...BKM memang tak pernah masuk mana-mana acara larian pun...bila tengok member member join hati teringin tapi yelah, selalu rasa diri ini tak ada stamina pun gemok plak tuh...nak angkat punggung dengan peha pun dah rasa berat semacam jer tapi kali ni tekad sudah rasa dihati hihihi...nasib baik juga ada geng yang nak join sama, takdelah rasa segan sangat kan kan kan...

Nama event tuh ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015
Tarikh event tuh 12 September 2015 (sabtu bersamaan minggu lepas dari tarikh entry ni)
Location event tuh kat Presint 3 Putrajaya
Kategori marathon 5KM Men/Women Open
Yuran Kemasukkan RM50

suasana di lokasi marathon
ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015, here I come. Apa yang buat BKM teruja ialah nak dapat medal finisher....tengok member yang dah penah join mana mana marathon cambest jer kan tengok diorang bergambar dengan medal finisher tu hahaha tapi sebelum dapat medal tu, memanglah kene berpenat-lelah dulu. 






Pergh !!! Rasa penat tak terkata almaklumlah pelari cabuk (lari jalan dan jalan)...bila dapat selesaikan larian 5km dalam masa lebih kurang 1 jam rasa macam hebat pulak hohoho... Ni cakap kat diri sendiri aje...selama ini asyik tengok orang lain je dapat medal finisher sekarang giliran BKM lah pulak. 




gigit medal yihaaa

muka excited dapat medal untuk julung kalinya yeahhh
Bila dapat pegang medal finisher, rasa melonjak riang ria hari raya hati ini. Alhamdulillah, dengan berbekalkan kata-kata motivasi dalam diri, berjaya juga habiskan larian yang diselang selikan dengan acara jalan jalan hahaha terus tanam azam dalam diri nak sertai larian yang lain-lain juga kalau berkesempatan....walaupun rasa macam yok yok ooo je, tapi takpelah sekurang-kurangnya semangat itu ada. 

sijil medal nombor

Jom korang. Kalau ada masa dan kelapangan, mari masuk acara lari-lari lagi...lambat atau cepat tak kisah janji bila dah mula mesti kene sampai ke garisan penamat. Itu yang penting...mesti dapatkan Medal Finisher tuh...alhamdulillah percubaan pertama BKM dah berjaya. 

InshaAllah akan datang akan ada lagi penyertaan..... 

Tapi disebalik rasa semangat dan teruja nak marathon ni, adalah juga rasa pelik dan kecewa sedikit di hati terhadap penganjuran Marathon ni terutama untuk newbie cam BKM ni

  1. Masa - Warm up pun dah  dekat 1 jam. Kata nak flag off jam 8 malam...
  2. Mask - Penganjur sebut aje, pakai mask ...jaga kesihatan (mask tak disediakan pun). Cuaca pada malam tu kurang elok. Sepanjang berlari 5km BKM tak nampak ada pasukan medic (tapi BKM pikir positif mungkin diorang tengah menyorok kat mana mana tempat kot).
  3. Tanda Arah - Tak ada papan arah tuju....BKM dah member-member yang join marathon hanya ikut orang depan aje...Kalaulah orang depan tu masuk dalam tasik...BKM pun ikut jelah. BKM perasan jugak banyak kali nampak pelari sekejap ke kiri...sekejap ke kanan.  Kawasan larian jugak gelap... laluan larian siap lalu depan masjid pastu panjat tangga (dalam hati dah tertanya tanya kenapa perlu naik tangga cam tak kene jer track lari ni).
  4. Keselamatan - Kereta laju giler pecut ke laluan larian marathon, kenapa takde Banner yang ditampal kat situ, setahu BKM kawasan larian mana boleh ada kereta dengan motor masuk dengan lajunya pecut kat kawasan larian. Tiada penjagaan dari segi keselamatan langsung.
  5. Stesen air - BKM Dengan confident kata dalam hati... ni mesti ada water station kat depan nuu...depan lagi kot..aikk depan lagi kot...sudahnya sapai kat tempat finish baru nampak ada abang abang 100plus tuang air 100plus hahahaha. 
  6. Tshirt - hahaha saiz badan BKM memang tak sesuai dengan tshirt diorang kasi..yang ni maybe silap BKM lah kot ingatkan amek saiz paling besar bagi wanita dah muat...rupanya memang muat tapi ketat giler cam sarung nangka bila pakai..so simpan buat kenangan jelah hahaha 
  7. Finishing line - BKM sapai jer kat finishing line BKM tak tahu apa yang berlaku...kat mana arah sebenar nak habis dan nak beratur..memula BKM dan member beratur salah tempat...beratur kat tempat nak amek sijil dgn pisang...medal tak dapat lagi ni.. Sampai kat tempat yang betul nak beratur haaamek kooo satu barisan panjang nak dapat medal...mujurlah ada member yang beratur untuk medal sementara BKM gi ambilkan air, member jaga barisan, sampai macam tu sekali. Bukan ke patutnya masa dapat medal tu boleh kasi sekali dengan sijil dan makanan.
panda 52
Siapa pun penganjurnya, berharap selepas ni pihak penganjur akan menitik beratkan isu keselamatan para peserta yang join event yang diorang anjurkan dan semoga lebih sistematik dan tersusun.

Apa apa halangan pun, masih tidak mematahkan semangat BKM untuk join next marathon, harap harap tak jadi macam ni lagi lah

 "That's just my two cents" tepuk dada tanya hati

chill yaa 



 - bye -


BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH


panda 63


No comments: