Sep 22, 2015

MOVIE REVIEW: MAZE RUNNER THE SCORCH TRIALS



Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Salam seme
Rasanya masih belum terlambat kot untuk Budak KacaMata buat review berkaitan Movie ni rasanya (gulp!!!)panda 60...walaupun dah terlewat pergi tonton movie ni...tapi tak kira tak kire nak review jugak 







Bagi BKM filem kedua "The Maze Runner" mempunyai plot yang lebih menarik dan lebih baik daripada filem pertama.
 

antara pelakon the maze runner the trial scorch


Sinopsis:

Selepas Thomas dan rakan-rakannya berjaya mencari jalan keluar dari `The Maze`, mereka kini berdepan dengan masalah baru iaitu dunia luar yang dilanda wabak penyakit yang tidak diketahui. Perjalanan mereka membawa mereka ke Scorch (dunia luar yang terbiar dan panas dan hampir musnah) dalam usaha mencari petunjuk mengenai organisasi misteri yang dikenali dengan nama WCKD (Wicked) dan mencari sebuah tempat yang selamat untuk mereka.




Review:

 Gladers yang masih tinggal meneruskan usaha mereka untuk mencari tempat yang bagus, damai di mana mereka boleh menetap dengan selesa. Malangnya bagi mereka, organisasi misteri, WCKD akan berterusan dalam menjejaki dan memburu mereka untuk tujuan jahat. Gladers berusaha untuk melarikan diri dari cengkaman WCKD, 

1) mereka perlu berjuang dalam cuaca yang sangat panas melampau yang telah melanda ke atas bumi, 

2) Cranks (mereka yang dijangkiti virus Flare dan telah kehilangan kemanusiaan mereka)

3) WCKD - mereka terpaksa melarikan diri dari WCKD yang ingin menangkap golongan muda dan ambil sesuatu di dalam badan mereka. 


Mereka mungkin telah melarikan diri dari maze tetapi mereka masih lagi tidak terlepas dari berjalan dan terus berjalan menempuh pelbagai rintangan dan halangan.


min ho yuhuuu
 Secara peribadi, saya gembira bahawa watak Min Ho telah dapat menunjukkan keberanian dan kepimpinan lebih kukuh selain dari watak Thomas (kalau dulu watak Min Ho lebih kepada dengan dialog Go Go Go Faster Faster) , pengarah bijak terus memanfaatkan keakraban mereka, membuat anda benar-benar percaya bahawa kumpulan ini setia dengan rakan-rakan dan tidak akan meninggalkan antara satu sama lain walaupun dalam menghadapi maut.





Movie ini memang penuh dengan aksi dan saat yang mendebarkan. Tidak pernah ada masa membosankan  masa menonton movie ini kekadang kita akan mendapati diri rasa takut terhadap nasib kumpulan ini yang sentiasa berada dalam bahaya. 

movie ini mungkin akan menyebabkan kite semua berada dalam keadaan rasa ingin tahu pada semua kekeliruan yang berlaku dalam movie tapi malangnya sambung movie ini hanya akan dapat diketahui atau didedahkan pada tahun 2017...hohoho mudah-mudahan semua jawapan akan didedahkan.


sapa belum tengok ...jom serbu panggung...masih ada lagi tayangan movie ni

So Budak KacaMata bagi 4 dari 5 bintang

yeahhh

-  itu saje -









 - bye -



BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH



panda 63


sumber gambar: ehsan google






3 comments:

Naseha Syahira said...

wahh! bestnye... nak tengok!! T^T

Unknown said...

kalau dah tengok Maze Runner yang fisrt hari tu..yg ni memang kene tonton yeahhhh

Anonymous said...

If you have been feeling stressed lately, but you are not sure how to deal with it, the advice in this article can help. Feelings of stress are increasingly common in today's world, but there are ways to help. This article will teach you some easy ways to overcome your stress.

[url=https://www.acheterviagrafr24.com/prix-du-viagra-en-pharmacie/]prix du viagra en pharmacie[/url]