Assalamuailaikum...
Just nak sharing, beberapa movies yang ash dah pergi
tengok kat wayang dalam bulan Januari nie..
Mengisah Callum adalah seorang yang berketurunan Assassin pada zaman dulu, tugas dia adalah menjaga Apple daripada diambil oleh sebuah organisasi Templar yang zalim. Tujuan Templar nak kan Apple ni sebabnya cam biasalah nak kuasai dunia.. ikutkan kalau nak Apple zaman sekarang dah banyak Apple.. Ipong ada Mac ada…pilih je mana yang berkenan… walaubagaimana pun, filem ini buat saya ada sedikit rasa teringin nak try bermain games ni… Filem ini mempunyai pelakon yang sangat bagus walaupun jalan cerita ada sedikit hambar and bosan…masih lagi filem yang okey untuk di tonton…
ash bagi 3/5 bintang
PASSENGERS
Al-kisahnya bermula apabila seramai 5000 penumpang kapal angkasa mewah yang dipanggil Avalon dalam perjalanan di ruang angkasa ke planet baru iaitu Homestead II tetapi telah berlaku satu masalah dimana dua penumpang telah bangun terlalu awal daripada jangkamasa yang telah ditetapkan iaitu 90 tahun lebih awal disebabkan oleh kerosakan kapal angkasa Avalon tuh..Terdapat pelbagai kejadian yang tidak disangka berlaku di dalam kapal tersebut. Mereka mula jatuh cinta tapi malangnya ada perkara yang tidak diduga berlaku. Keseluruhanya cerita ini memang besh tidak mengantuk langsung walaupun tidak ramai pelakon dalam filem ni… dengan lakonan mantap Chris Pratt dan Jennifer Lawrence.. Filem Yang bermula dengan baik, menakjubkan dan kesan visual yang mantap walaubagaimanapun filem berakhir dengan cara yang boleh dijangka dan stereotaip....
ash bagi 4/5 bintang
saya suka Chris Pratt...bias disituuuu hahaha ^^
The Great Wall merupakan filem epic historical fiction
action-adventure monster film .. Seorang pahlawan upahan (Matt Damon) dipenjarakan bersama
temannya di Great Wall, die mendapati ada sesuatu yang misteri disebalik tembok yang dikenali sebagai salah satu benda ajaib di dunia…Dia terpaksa
menyertai peperangan memerangi raksasa yang dipanggil TaoTie. Raksasa itu
merupakan spesies makluk asing yang berasal dari meteor hijau yang jatuh ke
Pergunungan Gouwu pada dua ribu tahun yang lalu. Mereka menyerang Utara China
setiap 6 tahun sekali…sebab itu lah Great Wall tu dibina untuk menangkis
serangan daripada raksasa alien tu…rupa TaoTie tu ala ala cam komodo tapi
version yang dah mutasi punya lah… Filem seronok untuk ditonton sebab
diselitkan unsur unsur lawak sikit dan aksi dia memang terbaik…cara diorang
berlawan dan bersiap sedia untuk berlawan tu memang mengkagumkan..korang patut
tengok filem ni..
ash bagi 4.5/5 bintang
PATRIOTS DAY
Berdasarkan dari Kejadian sebenar yang berlaku pada Hari Pahlawan (Patriots Day) di Boston, masa serangan tragedi itu berlaku pada 15
April, 2013, dua bom telah meletup pada hari tersebut dimana pada masa itu tengah diadakan Boston Marathon. Ramai yang cedera parah dan tiga didapati mati. Selepas kejadian
serangan, Sarjan polis. Tommy Saunders (Mark Wahlberg), FBI Special Agent dan Penyiasat lain berkerjasama dalam memburu suspek dan membawa mereka ke muka pengadilan... walaubagaimana pun, ada unsur unsur terrorist dinyatakan didalam filem ini...mohon korang semua nilaikan sendiri...
THE BYE BYE MAN
Tiga pelajar kolej diganggu kuasa jahat yang mengelarkan
diri Bye Bye Man..
sebuah filem seram tapi lebih kepada kesian kepada watak
utama yang cuba untuk mengelakkan diri dari menyebut perkataan Bye Bye Man
‘don't think it, don't say it’ sekali sebut perkataan tersebut dia akan
mengawal segala tindakan kita. Honestly bagi ash…filem ini tidak seram
langsung, boleh lah kalau sekadar mengisi masa lapang..jalan cerita agak
mendatar dan ending macam dah boleh agak jer…so
ash bagi 2/5 bintang
RESIDENT EVIL THE FINAL CHAPTER
Akhirnya…. This has to be
the "Final Chapter," Right? Right?
Don't let it mutate. Don't let
it spread. Don't let it fester, re-animate and come back to life,
Tapi inikan Hollywood apa apa
pun boleh terjadi kan kan kan
Selepas peristiwa Resident
Evil: Retribution, Alice mendapat tahu manusia diambang kepupusan setelah dimanipulasi
oleh Umbrella Corporation… tidak semena mena Alice mendapat rakan sekutu iaitu
Red Queen (kalau korang peminat filem ni kompem korang tahu sape Red Queen ni)
… Red Queen (RQ) ni bagitahu yang Umbrella ada buat antivirus bagi menghapus
T-Virus so Alice kene pergi ke Raccon City untuk dapatkan antivirus tersebut.
RQ juga bagitahu yang dia hanya ada 48 jam untuk perjalanan ke Raccoon City dan
melepaskan antivirus sebelum Umbrella Corporation melancarkan serangan untuk
menghapuskan semua manusia… Sepanjang perjalanan, Alice menghadapi bukan sahaja
sekutu baru dan musuh, tetapi juga bertemu kembali sahabat lama
Claire Redfield. Macam biasa kalau dan tengok filem Resident Evil ni dari No.1
sooo kenelah tengok yang Last Chapter ni...aksi toksah cakap cam biasa memang
terbaik..just suasana kali banyak dalam keadaan gelap sehingga susah nak tengok
dengan jelas..apa apa pun yang suka filem aksi..patut tengok filem ni...
ash bagi 4/5 bintang
XXX: RETURN OF XANDER CAGE
Pakatan Tertinggi Kerajaan
telah mencari Xander Cage untuk menugaskan dia mencari weapon yang dikenali sebagai Pandora
Box yang boleh mengawal satelit tentera dari seluruh dunia dimana Pandora Box telah
dicuri oleh Donnie Yen and the geng…So Xander Cage telah merekrut satu kumpulan
baru untuk mencari box berkenaan malangnya diorang semua terjembak dengan
konspirasi jahat oleh pakatan sulit tertinggi kerajaan..
Filem yang sangat
menghiburkan dan menyeronokan..penampilan beberapa celebrity terkenal seperti
Neymar Donnie Yen Kriss EXO Deepika dan banyak lagi..jalan cerita yang tidak
membosankan dan disajikan pula dengan aksi yang sangat hebat dari Donnie dan
Diesel..walaupun aksi tidak masuk akal tapi lakonan mantap diorang Berjaya membuatkan
filem ni sangat seronok untuk ditonton..apa lagi kekawan jom serbu
wayang..masih ada lagi ditayangkan
ash bagi 4.5/5 bintang
5 comments:
Hellooo good info
Yoooo kite pun dah tengok muvi muvi kat atas tu
Hiiii blogwalking here... nice blog...
Hi asrah. Nanie tgk baru satu movie je itipun the great wall. Next nk tgk triple x.
Note. Klu nk ajak tgk wyg sama2, nanie ON je. Hehe
wokey set.... nanti kite tgk wayang sesama...nani free je kan ^^_
Post a Comment