Bismillahirrahmanirrahim.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Salam seme
Masih belum terlambat kan nak ucapkan Selamat Berpuasa...
Untuk Ramadan kali ini, Budak Kaca Mata jarang iftar diluar... selalunya beli lauk je kat opis pastu masak nasi kt umah jer... so nak dijadikan citer..walaupun dah lama (2 minggu yang lepas) tapi nak citer jugak...kiranya ala ala throwback lah ni
BKM berpeluang untuk berbuka puasa di salah sebuah hotel yang terkemuka di Kuala Lumpur ni.....
![]() |
| taraaaaa..... ni lah Majestic Hotel Kuala Lumpur |
The
Majestic Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel 5 bintang yang mewah yang menampilkan
dekorasi moden bergaya kolonial dan sentuhan klasik. Tengok sahaja design binaan hotel ini dan diorang punya pengawal... Lengkap berbaju British Colonial Uniform lengkap dengan sarung kaki panjang dan pith headgear / pith helmet (topi yang orang British pakai tu..kalau tak tahu boleh refer gambar kat bawah nanti).
