May 14, 2015

Seronoknya Bercuti: Mari Mengenali Empat Jenis Musim


Bismillahirrahmanirrahim.


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Musim Panas (Summer)
  • Bulan Jun, Julai, Ogos
  • Cuaca musim ini panas,lebih kurang macam dekat Malaysia.
  • Average temperature 35’c. 


Nota BudakKacaMata: Kalau pergi masa musim panas ini,sila bawak cermin mata hitam,elakkan juga daripada keluar dan melakukan aktiviti serta terkena cahaya matahari terlalu lama terutama waktu tengahari. Minum banyak air untuk elakkan strok haba dan jangan lupa payung atau topi.


Musim Sejuk / Salji (Winter)
  • Bulan Disember, Januari, Februari
  • Siapa hendak main salji boleh pilih musim sejuk.
  • Average temperature -10’c. Sejuk..frozen terus


Nota BudakKacaMata: Kamu perlukan baju tebal dan beg panas untuk hangatkan badan kerana suhu ketika ini sangat sejuk.Jalan juga licin ketika musim sejuk, jadi berhati hati ketika berjalan. Udara pada musim ini sejuk kering jadi sentiasa pakai pelembap bibir dan kulit (entry: Tip melancong ke Korea pada musim sejuk)


Musim Bunga (Spring)
  • Bulan Mac,April,Mei
  • Average temperature 10’c..time musim masih lagi sejuk masih memerlukan jaket tebal.
  • Siapa hendak tengok bunga sakura boleh datang masa musim ini.. langit yang membiru,sangat best untuk travel & jalan-jalan.




Musim Luruh (Autumn)
  • Bulan September,Oktober,November
  • Average temperature 20’c (agak sejukkan..)
  • Masa yang sangat sesuai nak lawat Korea. Boleh tengok daun-daun bertukar warna dan berguguran di bumi. Kebanyakkan yang telah sampai musim ini menyatakan pemandangan korea waktu ini sangat cantik. 




Nota BudakKacaMata: Musim bunga dan luruh merupakan musim paling sesuai untuk melancong dan berjalan-jalan kerana suhu tidak terlalu panas atau sejuk. Namun begitu, kamu masih perlu bawa jaket tebal sebagai langkah safety sekiranya suhu menurun

Sumber: Ehsan Google diolah oleh budak kaca mata

1 comment:

Anonymous said...

emmmmmmmmmmmmmmmmm