Jun 13, 2015

MOVIE REVIEW: JURASSIC WORLD (2015)

Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Salam seme

..yeehuuu.... kali ni nak citer pasal filem ni...ini adalah antara filem yang Budak Kaca Mata tunggu untuk tahun nie...yeeahiiiii...

aik..! kat dalam mulut die ke ni...lawa gigi
Meh sini nak citer serba sikit pasal filem ni... 
  rasa yer rata rata orang semua tahu kot kisah ni..terutama yang seangkatan umur dengan BKM kompem ternanti nanti kan movie ni...selepas beberapa tahun sequel movie ditayangkan pada tahun 2001...dah hampir 14 tahun kot...


KISAH INI BERMULA: Selepas hampir dua dekad selepas apa yang berlaku di Jurassic Park lama, kini sebuah pulau di luar pantai Costa Rica kini telah wujud sebuah themepark taman tema dinosaur yang besar dan dipantau dengan teliti yang dikenali sebagai Jurassic World. Sekumpulan saintis yang sangat terer (kononnya) telah mencipta dinosaur hybrid dipanggil Indominus Rex (gabungan pelbagai jenis sel haiwan) sebagai tarikan utama kepada taman tema tersebut. 'Penciptaan' baru mereka terlalu pandai (intelligent animal) sehingga dapat melepaskan diri dari kurungan dan telah mengamuk dan mengancam kehidupan semua orang di Taman Tema Jurassic World.

Jurassic World membangkitkan rasa kekaguman dan dalam masa yang sama rasa kegembiraan yang kita lihat sama seperti dalam filem pertama Jurassic Park, Jurassic World memberikan makhluk dinosaur yang kita lihat pada skrin wayang rasa sangat real dan itu benar-benar menarik. 

Al kisah yer, dua beradik ni, Gray (Simpkins) dan Zach (Robinson) pergi bercuti di tempat kerja mak Saudara diorang Claire (Howard) kat Jurassic World. Tyme diorang mula mula masuk kat taman tema tu..BKM sebagai penonton ni rasa teruja giler kot..rasa cam BKM yang berada kat taman tema berkonsepkan prasejarah tuh..huishhhhh...

Dua beradik yang mokcik die Claire tu

Pemilik taman, Simon Masrani seorang bangsa India (Khan) mempunyai idea-idea dan cita cita yang besar untuk masa depan Jurassic World,daripada idea idea die yang tak masuk akal tuhlah terciptalah dinasour baru Indominus Rex yang dibuat khas untuk menarik minat lebih ramai para pengunjung ke taman tema diorang tu, dan idea die disokong oleh pakar pemasaran Claire (mokcik kepada dua beradik tadi tu). 

relax relax dady nak menari tanggung sat (Owen bersama Velociraptor jagaanyer)

Walau bagaimanapun, Owen (Pratt) yang menjaga dan membesarkan empat ekor Velociraptor, tidak suka dengan cara Claire melayan dinosaur seperti nombor pada spreadsheet dan bukannya seperti makhluk hidup. Pendekatan owen adalah secara berdepan dengan binatang tersebut berbanding dengan orang lain yang memantau binatang2 itu dengan cara memerhati dari jarak jauh.



Jap jap nak selfie dengan Blue sat kami HERO filem nie....okey ready sayyy cheeseeee ^___^


Owen merupakan seorang bekas Tentera Laut (navy), juga tidak sefahaman dengan Hoskins (D'Onofrio), kontraktor pertahanan sombong yang lebih suka melatih dinosaur dengan gadget yang diimplan menjadi senjata potensi perang, menggantikan tentera manusia.






















Tragedi berlaku apabila dinosaur hybrid  Indominus Rex telah berjaya keluar daripada kurungan die dan ini telah menimbulkan pelbagai masalah...dan akhirnya akhirrrnyaaa kenalah g tengok sendiri huhuhuhu


Bagi BKM jika terdapat hanya satu perkataan yang boleh menggambarkan filem ini, perkataan itu adalah AWESOME yeahhhhiiii

p/s: watak yang diminati & cambest dalam filem ni adalah watak Velociraptor Blue and Owen Grady hooyeah (kedua-duanya hero filem ni hahaha)


tyme ni mokcik Claire tengah carik dua beradik tuh

So apa lagi terjah panggung terdekat dengan anda, kompem korang tak kan rasa menyesal tengok filem ni... berbaloi baloi Pelakon yang hebat hebat dalam citer ni terutama Chris Phatt...BKM memang suka tengok lakonan die... Die memang layak pegang watak Owen tuh hihihihih

senyum kat sapo tuh aiiii melting naa BKM tengok haippppp !! die dah ada bini hokey


Chris Pratt (Owen) bersama wifey (Anna Faris) die di premiere Jurassic World kat Hollywood California baru je 9 June 2015 ari tuh

salah satu poster die yang cun & cambest


tonton kat MBO sebab nak kumpul point nanti ley redeem tiket free yeahiiii

Kesimpulan die, BKM nak bagi berapa bintang ek...ok bintang die
4.5 star/ 5 star



 - bye -

No comments: