Bismillahirrahmanirrahim.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Salam seme
Alhamdulillah... tahun ini merupakan ulangtahun kemerdekaan Malaysia kali ke-58...Betapa jelas kematangan dan kedewasaan dalam mengharungi jerih payah kehidupan demi sebuah kebebasan. Air mata dan darah menjadi saksi sebuah senyuman. Semoga kemerdekaan ini diisi dengan kesyukuran.
Budak KacaMata ada terbaca sesuatu yang ingin dikongsikan... semoga kita tidak sekadar melaungkan merdeka saban tahun tetapi turut mempunyai jiwa yang merdeka.
Solat adalah tiang agama yang dapat membentuk jati diri yang kuat. Solat adalah kunci untuk seseorang hamba-Nya merdeka di dunia dan akhirat
Nafsu manusia lebih dahsyat daripada godaan syaitan. Syaitan dihukum kerana enggan tunduk kepada Nabi Adam A.S. Diriwayatkan nafsu pula enggan mengaku Allah s.w.t sebagai tuhan dan pencipta-Nya. Kawal dan janganlah biarkan diri diikat nafsu. Sentiasalah tingkatkan ilmu dan amal
Hidup bererti ujian. Ujian yang Allah s.w.t berikan keada hamba-Nya bukan sahaja kesusahan dan kesakitan tetapi kegembiraan, kekayaan dan kesenangan hidup dan ramai diantara kita tidak menyedarinya. Mengingati Allah s.w.t bukan hanya di waktu kesusahan sahaja tetapi setiap masa sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t tidak pernah melupakan setiap hamba-Nya
Redha dengan setiap ujian yang diterima kerana percaya Allah s.w.t menyediakan penyembuhan untuk anda dikemudian hari. Mengapa kita sukar untuk Redha? Kerana kita tidak mahu menerima takdir yang menimpa kita. Terima takdir-Nya dengan penuh Hikmah agar mudah untuk redha dengan apa yang berlaku.
#MotivasiDiri
#PeringatanKepadaDiriSendiri
#SehatiSejiwa
#SyukurMalaysiaMasihAman
- bye -
BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH
6 comments:
Allah Maha Adil ;)
hehe, semoga macam tu lah, tapi semakin ramai yang tak rasa semua tuh....
CP singgah sini, lama dah tak membalas singgahan, maaf yer :D
comel blog ni :D
Salam kemerdekaan... moga Allah lindungi kita semua dan seluruh rakyat Malaysia...amin..
Salam merdeka..
Anda hamil? 8 CARA MELEGAKAN MORNING SICKNESS
comelnya blog ni :D salam kenal... jemput join giveaway contest kita yer :D kita ada souvenirs dari Europe nak kasi :D banyakkk :D
http://jindrisska.blogspot.com/
Post a Comment