Aug 28, 2015

NEGARA MERDEKA ..! DIRI MERDEKA..! JIWA MERDEKA..! 2015

Bismillahirrahmanirrahim.


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Salam seme




Alhamdulillah... tahun ini merupakan ulangtahun kemerdekaan Malaysia kali ke-58...Betapa jelas kematangan dan kedewasaan dalam mengharungi jerih payah kehidupan demi sebuah kebebasan. Air mata dan darah menjadi saksi sebuah senyuman. Semoga kemerdekaan ini diisi dengan kesyukuran.





Budak KacaMata ada terbaca sesuatu yang ingin dikongsikan... semoga kita tidak sekadar melaungkan merdeka saban tahun tetapi turut mempunyai jiwa yang merdeka.



1.SOLAT
Solat adalah tiang agama yang dapat membentuk jati diri yang kuat. Solat adalah kunci untuk seseorang hamba-Nya merdeka di dunia dan akhirat








2.NAFSU
Nafsu manusia lebih dahsyat daripada godaan syaitan. Syaitan dihukum kerana enggan tunduk kepada Nabi Adam A.S. Diriwayatkan nafsu pula enggan mengaku Allah s.w.t sebagai  tuhan dan pencipta-Nya. Kawal dan janganlah biarkan diri diikat nafsu. Sentiasalah tingkatkan ilmu dan amal





3.UJIAN
Hidup bererti ujian. Ujian yang Allah s.w.t berikan keada hamba-Nya bukan sahaja kesusahan dan kesakitan tetapi kegembiraan, kekayaan dan kesenangan hidup dan ramai diantara kita tidak menyedarinya. Mengingati Allah s.w.t bukan hanya di waktu kesusahan sahaja tetapi setiap masa sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t tidak pernah melupakan setiap hamba-Nya




4.REDHA
Redha dengan setiap ujian yang diterima kerana percaya Allah s.w.t menyediakan penyembuhan untuk anda dikemudian hari. Mengapa kita sukar untuk Redha? Kerana kita tidak mahu menerima takdir yang menimpa kita. Terima takdir-Nya dengan penuh Hikmah agar                                                       mudah untuk redha dengan apa yang berlaku.






#MotivasiDiri
#PeringatanKepadaDiriSendiri
#SehatiSejiwa
#SyukurMalaysiaMasihAman


 - bye -


BUDAK KACA MATA by ASH_ASRAH


panda 63



6 comments:

Tuck_Chin said...

Allah Maha Adil ;)

dariilhamkehati said...

hehe, semoga macam tu lah, tapi semakin ramai yang tak rasa semua tuh....

CP singgah sini, lama dah tak membalas singgahan, maaf yer :D

cik amal said...

comel blog ni :D

Linakhtar said...

Salam kemerdekaan... moga Allah lindungi kita semua dan seluruh rakyat Malaysia...amin..

nurul said...

Salam merdeka..


Anda hamil? 8 CARA MELEGAKAN MORNING SICKNESS

Siti Aisya Ibrahim said...

comelnya blog ni :D salam kenal... jemput join giveaway contest kita yer :D kita ada souvenirs dari Europe nak kasi :D banyakkk :D

http://jindrisska.blogspot.com/